Kelas Advokasi Lindungi Kanak-Kanak Dalam Talian
21 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2024, petugas NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas advokasi lindungi kanak-kanak dalam talian. Memandangkan pengguna yang sering mengunjungi NADI adalah dikalangan kanak-kanak, kelas advokasi ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak keselamatan dalam melayari internet. Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi ilmu tersebut bersama rakan-rakan yang lain. Semoga dengan keberadaan NADI Sebandi Ulu dapat membantu urusan komuniti setempat terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Tayangan Video
• Soal Jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: